Diberdayakan oleh Blogger.
RSS

Polimenorrhea

Pada polimenorea siklus haid lebih pendek dari biasa (< 21hari). Perdarahan kurang lebih sama atau lebih banyak dari haid biasa disebut polimenorea atau epimenoragia.
Dapat disebabkan oleh gangguan hormonal yang mengakibatkan gangguan ovulasi atau menjadi pendek masa luteal. Sebab lain kongesti ovarium karena peradangan, endometriosis, dan sebagainya.

Penyebab: adanya gangguan hormonal dengan umur korpus luteum memendek sehingga siklus menstruasi juga lebih pendek atau bisa disebabkan akibat stadium proliferasi pendek atu stadium sekresi pendek atau karena keduanya.

Terapi:Stadium profilasi dapat diperpanjang dengan hormone estrogen dan stadium sekresi menggunakan hormon kombinasi estrogen dan pregesteron.

Wanita mula mengalami haid dan merupakan tahap akhir bagi kematangan bagi wanita. Usia purata awal haid bagi manusia adalah 12 tahun, tetapi biasanya antara usia 8 hingga 16. Faktor seperti keturunan, permakanan dan kesihatan keseluruhan mungkin mempercepat atau melambatkan awal haid. Pengakhiran kitaran haid pada akhir usia pembiakan wanita dikenali sebagai putus haid (menopause). Usia putus haid bagi wanita adalah 51 tahun, dengan tempoh antara 40 dan 58 adalah perkara biasa. Putus haid sebelum usia 35 dianggap pramatang. Usia putus haid kebanyakannya disebabkan warisan; bagaimanapun, penyakit, sesetengah pembedahan, atau rawatan perubatan mungkin menyebabkan putus haid berlaku lebih awal.
Tempoh kitaran haid biasanya berbeza, dengan sesetengah kitaran pendek dan sesetengah kitaran lebih panjang. Wanita yang mengalami perbezaan kurang dari lapan hari antara tempoh kitaran terpanjang dan terpendek dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tetap. Ia adalah luar biasa bagi wanita mengalami perbezaan kitaran haid kurang dari empat hari. Perbezaan antara lapan dan 20 hari dianggap serdahana tidak tetap. Perbezaan antara 21 hari atau lebih dalam tempoh kitaran haid terpanjang dan terpendek dianggap tidak tetap.
Kitaran haid dikira dari hari pertama aliran haid, disebabkan permulaan haid selari dengan kitaran hormon. Kitaran haid mungkin dibahagi kepada beberapa fasa, dan tempoh setiap fasa berbeza bagi wanita dengan wanita lain dan dari kitaran dengan kitaran. Nilai purata diberikan di bawah:
Nama fasa Hari
fasa haid 1–4
fasa follicular (juga dikenali sebagai fasa proliferative) 5–13
ovulasi (bukan fasa tetapi kejadian membahagi fasa) 14
fasa luteal (juga dikenali sebagai fasa rembesen (secretory) 15–26
fasa ischemik (sesetengah sumber mengumpulkan fasa ini dengan fasa rembesen) 27–28
Semasa fasa follicular, lapisan Endometrium pada uterus menebal, dirangsang oleh peningkatan jumlah estrogen. Follicles dalam ovari mula membentuk di bawah pengaruh gabungan rumit hormon, dan selepas beberapa hari satu atau dua folikel (follicles) menjadi dominan (folikel lain menjadi pengun dan mati). Folikel dominan membebaskan ovum atau telur dalam kejaidan yang dikenali sebagai ovulasi. (Sebiji telur yang disenyawakan dengan spermatozoon akan menjadi satu zigot, mengambil masa satu hingga dua minggu untuk bergerak ke bawah melalui tiub fallopio sehingga ke uterus. Jika telur tidak disenyawakan dalam tempoh sehari selepas ovulasi, ia akan mati dan diserap oleh badan wanita.) Selepasa ovulasi baki folikel dalam ovari membentuk corpus luteum; ia mempunyai fungsi utama bagi menghasilkan sejumlah besar progesterone. Di bawah pengaruh progesterone, lapisan uterus endometrium bertukar untuk kemungkinan pembenihan embrio bagi kehamilan. Sekiranya pembenihan tidak berlaku dalam tempoh dua minggu, corpus luteum akan mati, menyebabkan kejatuhan merudum dalam paras progesterone dan estrogen. Kejatuhan hormon ini menyebabkan uterus meluruhkan lapisannya dalam proses yang dikenali sebagai haid.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar